Kerjaya muzik AG_Coco

Coco

AG bersama-sama dengan rakan-rakannya, Nine, Ellie, Shoun dan G-Cola menubuhkan kumpulan Coco pada 2005, yang mana beliau ialah gitaris, penggubah dan ketua kumpulannya. Bersama kugiran ini, beliau menerbitkan dua album – iaitu album pertama, Kombinasi dengan mempertaruhkan dua lagu hits, "Kata Sakti" dan "Belum Terpisah", dan juga album kedua, Mengintai Langit yang memuatkan lagu hits "Takkan Menduakanmu" dan "Mengintai Langit".

Hujan

Beliau menyertai Hujan pada 2005 yang diasaskan oleh Noh Salleh, beliau juga berkhidmat sebagai gitaris, penggubah dan ketua kumpulan. Beliau menerbitkan lima album bersama kugiran ini, iaitu Hujan, Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy, Sang Enemy dan Jika Sempat.

Beliau juga memiliki studio rakamannya, iaitu Kamar Seni Recording Studio yang beroperasi di Cheras.